Hari Raya ini, kongsi kegembiraan Syawal dengan golongan kelainan upaya.
Dalam keterujaan membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kami di Charity Right ingin mengajak anda untuk berkongsi sedikit kegembiraan Syawal bersama golongan kelainan upaya.
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia sedang mengumpul dana untuk menyalurkan 100 kotak makanan kepada OKU Penglihatan yang kurang berkemampuan di Hari Raya Aidilfitri ini.
Setiap kotak akan mengandungi pelbagai bahan masakan dan makanan hari raya seperti pek ketupat nasi segera, lemang segera, kordial dan kuih raya.
Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk umat Islam dan disambut dengan penuh kegembiraan. Oleh itu, mari bersama-sama kami untuk pastikan mereka yang kurang bernasib baik juga dapat menyambut Syawal dengan senyuman.
Tiada jumlah yang terlalu sedikit! Derma sekarang.