Di bawah projek Reaching Rural, Charity Right melawan kelaparan di kawasan luar bandar & terpinggir dengan menyalurkan bantuan makanan.
24.66% Raised
RM12,331.00 donated of RM50,000.00 goal
73 Donors
Campaign has ended

Realiti Pahit Isu Kemiskinan dan Kelaparan di Luar Bandar

Di pekan-pekan kecil dan kawasan pedalaman, majoriti penduduk luar bandar di Malaysia adalah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan warga emas. Kebanyakan kawasan luar bandar juga tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap, kekurangan peluang pekerjaan dan impak pandemik Covid-19 telah memburukkan lagi isu kemiskinan di luar bandar.

Antara kesan yang paling jelas ialah isu kelaparan dan malnutrisi semakin membimbangkan. Semakin ramai yang tidak mampu untuk menyara diri dan menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga mereka kerana kehilangan sumber rezeki atau kerana tidak lagi mampu untuk bekerja.

Isu kelaparan, malnutrisi dan kemiskinan sering diperkatakan media di kawasan bandar tetapi tidak ramai yang sedar bahawa masyarakat luar bandar turut menghadapi realiti yang sama.

Kenali Projek Reaching Rural

Menyedari masalah yang kian meruncing ini, Charity Right Malaysia telah membangunkan projek Reaching Rural. Berpandukan United Nations Sustainable Development Goal 2 (UNSDG2): Zero Hunger, Projek Reaching Rural bertujuan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada kepada komuniti luar bandar bagi mengatasi isu kelaparan, malnutrisi dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

Dengan bantuan anda, lebih ramai keluarga dapat melalui hari-hari mereka dengan lebih baik. Dapur mereka akan terisi dan dapat bertahan selama sebulan,ada beras dan lauk untuk dijamah sekeluarga dan ada susu untuk anak-anak apabila mereka menangis lapar.

Baca lebih lanjut tentang Reaching Rural.

 

Bantu Sekarang