Ramadan ini, bantu pelajar SK La Salle (1) Jinjang terus bersekolah dengan bantuan makanan
1.63% Raised
RM1,100.00 donated of RM67,500.00 goal
9 Donors
Campaign has ended

Sekotak Makanan Membawa Seribu Erti Untuk Warga SK La Salle (1) Jinjang

 

Kempen Bakul Kasih Ramadan SK La Salle (1) Jinjang

Meskipun menetap di kawasan yang pesat membangun di Kuala Lumpur, majoriti ibu bapa pelajar SK La Salle (1) Jinjang adalah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan ibu bapa murid-murid ini menjalankan bisnes kecil-kecilan secara sendiri, bekerja sebagai pemandu lori dan rider penghantar makanan.

Isu kemiskinan bandar kian meruncing semenjak Covid-19 melanda negara kita dan ini turut menjejaskan pendidikan anak-anak dari keluarga yang kurang bernasib baik. Menurut guru-guru di SK La Salle (1) Jinjang,disebabkan pandemik covid-19, pendapatan ramai keluarga pelajar terjejas dan ibu bapa tidak mampu memenuhi keperluan asas seperti makanan.

Menerusi program Feed to Educate, Charity Right telah menyalurkan bantuan makanan kepada pelajar SK La Salle (1) Jinjang untuk membantu keluarga yang memerlukan, memastikan para pelajar hadir ke sekolah dan menyediakan kursus pembangunan diri untuk para ibu bapa. Bantuan ini telah meringankan beban ibu bapa para pelajar yang kurang berkemampuan, lagi-lagi di bulan Ramadan yang bakal menjelma ini.

Bantuan makanan ini jelas sangat bererti bagi pelajar, ibu bapa dan guru-guru SK La Salle (1) Jinjang. Walaupun bantuan mungkin tidak nampak banyak, tetapi impak dari sumbangan ini sangat besar kepada murid-murid dan keluarga mereka.

Kehadiran pelajar ke sekolah meningkat, murid-murid selesa untuk belajar seharian di sekolah kerana tidak perlu berlapar. Melihat kepada perkembangan positif kepada pelajar, pihak sekolah berharap bantuan ini dapat diteruskan

Tiada kanak-kanak yang patut risau bilakah hidangan mereka yang seterusnya. Ramadan ini, anda boleh menghulurkan sebakul makanan yang berkhasiat (RM 150 untuk sebulan) atau menderma sepinggan hidangan bernutrisi untuk murid-murid SK La Salle (1) Jinjang yang kurang bernasib baik.

Sama-sama kita kongsi rezeki dan pastikan anak-anak ini terus ke sekolah agar tidak tercicir dalam pelajaran.

 

Slide 1
Slide 2
Slide 3
Slide 4
previous arrow
next arrow

 

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

1 Food box: Satu kotak makanan bersamaan dengan 30 hidangan, dan ini dapat menampung satu keluarga yang memerlukan. Atau, dengan seikhlas hati, anda juga boleh menderma serendah RM 1.25 untuk sepinggan hidangan lengkap.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.

Riwayat Muslim (2699)