Ramadan ini, kongsi rezeki dan bantu pelajar SK Padang Keria terus bersekolah dengan menghulurkan bantuan makanan.
2.35% Raised
RM1,587.00 donated of RM67,500.00 goal
19 Donors
Campaign has ended

Sekotak Makanan Membawa Seribu Erti Untuk Warga SK Padang Keria

Kempen Ceria Ramadan, Gembira Ke Sekolah Bersama SK Padang Keria

Terletak di Perlis, utara tanah air, majoriti ibu bapa pelajar SK Padang Keria, bekerja sebagai nelayan, petani dan membuat kerja-kerja kampung bagi menyara hidup keluarga. Justeru, kebanyakan pelajar adalah dari keluarga berpendapatan rendah,asnaf dan B40. Pandemik Covid-19 telah memburukkan lagi keadaan ekonomi keluarga para pelajar ini.

Namun, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar meskipun hidup dalam serba kekurangan, kerana ibu bapa dan para pelajar ini percaya, pendidikanlah yang akan mengubah masa depan mereka. Namun, disebabkan pandemik covid-19, pendapatan keluarga kebanyakan pelajar terjejas kerana ibu bapa tidak mampu memenuhi keperluan asas seperti makanan.

Apa yang membimbangkan, pihak sekolah mendapati pelajar-pelajar ini sering ke sekolah dengan perut kosong disebabkan bekalan makanan asas di rumah mereka tidak mencukupi. Para guru juga tidak pasti bilakah kali terakhir murid-murid ini mendapat hidangan yang lengkap di rumah mereka.

Menerusi program Feed to Educate, Charity Right telah menyalurkan bantuan makanan untuk pelajar yang kurang bernasib baik di SK Padang Keria. Pemberian bantuan makanan ini akan memberi semangat dan motivasi buat para pelajar, supaya mereka lebih berkeyakinan dan lebih gigih untuk berjaya dalam pelajaran. Ini juga akan meringankan beban keluarga yang memerlukan dan memastikan para pelajar terus hadir ke sekolah.

Tiada kanak-kanak yang patut risau bilakah hidangan mereka yang seterusnya. Ramadan ini, anda boleh menghulurkan sebakul makanan yang berkhasiat (RM 150 untuk sebulan) atau menderma sepinggan hidangan bernutrisi untuk murid-murid SK Padang Keria yang kurang bernasib baik.

Sama-sama kita kongsi rezeki dan pastikan anak-anak ini terus ke sekolah agar tidak tercicir dalam pelajaran.

 

Slide 1
Slide 2
Slide 3
Slide 4
previous arrow
next arrow

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

1 Food box: Satu kotak makanan bersamaan dengan 30 hidangan, dan ini dapat menampung satu keluarga yang memerlukan. Atau, dengan seikhlas hati, anda juga boleh menderma serendah RM 1.25 untuk sepinggan hidangan lengkap.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.

Riwayat Muslim (2699)