Ramadan ini, kongsi rezeki dan bantu pelajar SK Seberang Ramai terus bersekolah dengan menghulurkan bantuan makanan.
2.50% Raised
RM1,685.00 donated of RM67,500.00 goal
22 Donors
Campaign has ended

Sekotak Makanan Membawa Seribu Erti Untuk Warga SK Seberang Ramai

 

Berkat Ramadan Bersama SK Seberang Ramai

Terletak di Perlis, utara tanah air, majoriti ibu bapa pelajar SK Seberang Ramai, bekerja sebagai nelayan, petani dan membuat kerja-kerja kampung bagi menyara hidup keluarga. Justeru, kebanyakan pelajar adalah dari keluarga berpendapatan rendah,asnaf dan B40. Pandemik Covid-19 telah memburukkan lagi keadaan ekonomi keluarga para pelajar ini.

Namun, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar meskipun hidup dalam serba kekurangan, kerana ibu bapa dan para pelajar ini percaya, pendidikanlah yang akan mengubah masa depan mereka. Walaubagaimanapun, faktor kemiskinan tetap menjadi penghalang untuk para pelajar ini berjaya.

Pihak sekolah mendapati pelajar-pelajar ini sering ke sekolah dengan perut kosong disebabkan bekalan makanan asas di rumah mereka tidak mencukupi. Kadangkala, ibu bapa mereka juga menghadapi masalah untuk menghantar anak ke sekolah kerana tidak mampu membiayai kos seperti pengangkutan, membeli uniform dan buku.

Menerusi program Feed to Educate, Charity Right telah menyalurkan bantuan makanan untuk pelajar yang kurang bernasib baik di SK Seberang Ramai selama 3 tahun. Bantuan makanan ini jelas sangat bererti bagi pelajar, ibu bapa dan guru-guru SK Seberang Ramai . Walaupun bantuan mungkin tidak nampak banyak, tetapi impak dari sumbangan ini sangat besar kepada murid-murid dan keluarga mereka.

Kehadiran pelajar ke sekolah meningkat, murid-murid selesa untuk belajar seharian di sekolah kerana tidak perlu berlapar. Melihat kepada perkembangan positif kepada pelajar, pihak sekolah berharap bantuan ini dapat diteruskan.

Tiada kanak-kanak yang patut risau bilakah hidangan mereka yang seterusnya. Ramadan ini, anda boleh menghulurkan sebakul makanan yang berkhasiat (RM 150 untuk sebulan) atau menderma sepinggan hidangan bernutrisi untuk murid-murid SK Seberang Ramai yang kurang bernasib baik.

Sama-sama kita kongsi rezeki dan pastikan anak-anak ini terus ke sekolah agar tidak tercicir dalam pelajaran.

Slide 1
Slide 2
Slide 3
Slide 4
Slide 5
previous arrow
next arrow

 

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

1 Food box: Satu kotak makanan bersamaan dengan 30 hidangan, dan ini dapat menampung satu keluarga yang memerlukan. Atau, dengan seikhlas hati, anda juga boleh menderma serendah RM 1.25 untuk sepinggan hidangan lengkap.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.

Riwayat Muslim (2699)