Ramadan ini, kongsi rezeki dan bantu pelajar SK Taman Medan terus bersekolah dengan menghulurkan bantuan makanan.
4.28% Raised
RM2,890.00 donated of RM67,500.00 goal
30 Donors
Campaign has ended

Sekotak Makanan Membawa Seribu Erti Untuk Warga SK Taman Medan

Bantu Kami Penuhkan Gerobok Rezeki SK Taman Medan

Meskipun menetap di kawasan yang pesat membangun di Petaling Jaya, hampir 60 peratus ibu bapa pelajar SK Taman Medan adalah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. Secara tidak langsung, situasi ini turut mempengaruhi pendidikan pelajar kerana kes tidak hadir ke sekolah adalah lebih tinggi dikalangan pelajar dari keluarga B40.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak SK Taman Medan, ekonomi keluarga sangat mempengaruhi kehadiran pelajar ke sekolah. Kebanyakan ibu bapa menghadapi masalah untuk menghantar anak ke sekolah kerana tidak mampu membiayai kos seperti pengangkutan anak ke sekolah, membeli uniform dan buku.

Apa yang turut membimbangkan ialah pemakanan para pelajar ini, kerana pihak sekolah mendapati pelajar-pelajar ini sering ke sekolah dengan perut kosong disebabkan bekalan makanan asas di rumah mereka tidak mencukupi. Mereka terpaksa belajar dalam keadaan lapar dan sukar menumpukan perhatian dalam sesi pembelajaran.

Para guru SK Taman Medan sedar bahawa tindakan segera perlu di ambil untuk membantu ibu bapa ini agar pendidikan anak-anak mereka tidak tercicir dan bekerjasama dengan Charity Right untuk mengatasi masalah ini.

Menerusi program Feed to Educate, Charity Right telah menyalurkan bantuan makanan ke Gerobok Rezeki SK Taman Medan untuk membantu keluarga yang memerlukan, memastikan para pelajar hadir ke sekolah dan menyediakan kursus pembangunan diri untuk para ibu bapa.

Kerjasama yang dijalinkan sejak 2019 ini mula membuahkan hasil. Pihak sekolah mendapati bahawa pelajar yang menerima bantuan makanan ini, mereka tidak lagi ponteng sekolah, kualiti kesihatan mereka semakin baik, keputusan peperiksaan dan prestasi akademik mereka juga meningkat.

Perkembangan positif yang dapat kita lihat ini bermakna ada perubahan kepada keluarga-keluarga yang terlibat dengan program Feed to Educate. Apa yang paling menyentuh perasaan para guru ialah mereka dapat lihat bahawa murid-murid semakin ceria dan gembira untuk ke sekolah.

Gerobok Rezeki ini jelas sangat bererti bagi pelajar, ibu bapa dan guru-guru SK Taman Medan. Kerana apabila kita membantu untuk penuhi keperluan asas para pelajar dan keluarga, kita juga sebenarnya telah membuka peluang dan potensi untuk mereka keluar dari belenggu kemiskinan.

Tiada kanak-kanak yang patut risau bilakah hidangan mereka yang seterusnya. Ramadan ini, anda boleh menghulurkan sebakul makanan yang berkhasiat (RM 150 untuk sebulan) atau menderma sepinggan hidangan bernutrisi untuk murid-murid SK Taman Medan yang kurang bernasib baik.

Sama-sama kita kongsi rezeki dan pastikan anak-anak ini terus ke sekolah agar tidak tercicir dalam pelajaran.

 

Slide 1
Slide 2
Slide 3
Slide 55
Slide 4
previous arrow
next arrow

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

1 Food box: Satu kotak makanan bersamaan dengan 30 hidangan, dan ini dapat menampung satu keluarga yang memerlukan. Atau, dengan seikhlas hati, anda juga boleh menderma serendah RM 1.25 untuk sepinggan hidangan lengkap.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.

Riwayat Muslim (2699)