Sepanjang projek Reaching Rural ini dijalankan, banyak yang kami pelajari dari setiap kisah yang diceritakan. Tidak semua orang mempunyai nasib yang baik namun itu tidak dapat mengukur kebahagiaan mereka kerana kaya dengan wang ringgit tidak semestinya bahagia.

Walaupun hidup mereka kurang senang namun mereka tetap menyambut kami dengan senyuman dan sudi berkongsi cerita untuk memberi tauladan. Kami harap kisah benefisiari ini dapat membuka hati anda dan menyedari realiti sebenar yang di hadapi oleh komuniti luar bandar.

Mak Cik Has & Pak Cik Ali

Reaching Rural Charity Right Malaysia

 

Rumah sepasang suami isteri yang tinggal berdua ini ialah rumah ketiga yang kami kunjungi ketika menyalurkan bantuan makanan di Taman Bunga Raya, Rawang, Selangor. Pak Cik Ali (bukan nama sebenar) dan Mak Cik Has (bukan nama sebenar) kedua-duanya berusia 74 tahun dan ditakdirkan untuk tinggal berdua sahaja.

Pak Cik Ali menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital beberapa hari dalam seminggu.Beliau dulunya merupakan seorang penoreh getah. Namun, beliau mendapat pampasan PERKESO dan hal ini telah mengurangkan beban keluarga tersebut.

Bukan itu sahaja, sang isteri juga mempunyai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. Kami bersyukur ditemukan dengan pasangan suami isteri ini dan alhamdulillah, bantuan makanan dapat disampaikan.

Tidak semua orang mempunyai nasib yang baik namun itu tidak dapat mengukur kebahagiaan mereka.Apa yang kami perasan, walaupun hidup Pak Cik Ali dan Mak Cik Has serba kekurangan, namun mereka kelihatan tenang dan bahagia. Kadang kala, bila kita lihat sekeliling dan menghargai apa yang ada, kita akan mula rasa tenang.

Charity Right Malaysia mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan makanan kepada komuniti luar bandar di bawah projek Reaching Rural. Membantu warga emas yang uzur seperti Mak Cik Has dan Pak Cik Ali, ibu tunggal, mereka yang sakit kronik dan keluarga yang hilang punca rezeki kerana Covid-19.

 

 

Kak Zai

Reaching Rural Charity Right Malaysia

 

Kudrat seorang ibu tunggal,
Biarpun terpaksa membesarkan anak bersendiri, Tenaganya lebih gagah dari lelaki,
Kasih sayangnya tidak terganti

Saban hari, kesan Covid-19 bukan sahaja dirasai oleh golongan bandar, malahan masyarakat luar bandar juga turut terhimpit dan kehilangan sumber rezeki mereka.

Salah seorangnya ialah Kak Zai (bukan nama sebenar).

Dalam usia 60-an, Kak Zai merupakan seorang ibu tunggal dan dia membesarkan anaknya seramai 6 orang bersendirian. Kak Zai seorang wanita cekal dan membanting tulang bagi memastikan anak-anaknya dapat bersekolah dan menyambung pelajaran. Kerana dia tahu, pendidikanlah yang akan mengubah nasib keluarganya.

Anak keduanya baru saja menamatkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dari UTEM. Tetapi sayang, angan-angannya untuk bekerja dan menyara keluarga terhenti seketika apabila terpaksa menjaga adiknya yang koma kerana kemalangan. Nasib tidak menyebelahi keluarga ini, kerana masih sukar memperbaharui kehidupan mereka.

Rumah sewa yang didiami juga serba daif, beratapkan lubang-lubang bocor dan mempunyai perkakas rumah yang terhad. Sehinggakan anak bongsu Kak Zai terpaksa menumpang di rumah saudara kerana rumah mereka terlalu sempit.

Dalam usia 60-an, kudrat Kak Zai sudah tidak sekuat dulu. Punca rezekinya juga turut terjejas akibat pandemik Covid-19. Namun begitu, Kak Zai lebih risaukan pembelajaran anak-anaknya yang serba kekurangan dan tidak mencukupi.

Melihatkan sesi persekolahan dan pembelajaran di norma baharu ini, Kak Zai tidak mampu untuk mengajar anak-anaknya dengan baik kerana ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dia ada juga terhad.

Charity Right Malaysia mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan makanan kepada komuniti luar bandar di bawah projek Reaching Rural. Membantu ibu tunggal seperti Kak Zai ialah keutamaan kami apabila menyalurkan bantuan makanan, di samping membantu warga emas yang uzur, mereka yang sakit kronik dan keluarga yang hilang punca rezeki kerana Covid-19.

 

 

Derma Sekarang

No amount is too little. Feed a family today. 

 

Browse Our Latest Campaigns ➡️

Hearing about Charity Right Malaysia for the first time?

Charity Right is an international food aid organization that works in neglected communities around the world, feeding forgotten and underserved individuals. Our meals support schoolchildren and adults in refugee camps, slums, jungles, and remote villages across Asia, Africa, and Europe.

Browse: DonateCampaigns | Volunteer with Us | Testimonials | Latest News

Want more of these blog posts delivered straight to your inbox? Sign up for our newsletter below.


    Subscribe to our newsletter