language: malay
Reaching Rural
Di pekan-pekan kecil dan kawasan pedalaman, majoriti penduduk luar bandar di Malaysia adalah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan warga emas. Kebanyakan kawasan luar bandar juga tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap, kekurangan peluang pekerjaan dan impak pandemik Covid-19 telah memburukkan lagi isu kemiskinan di luar bandar.


Antara kesan yang paling jelas ialah isu kelaparan dan malnutrisi semakin membimbangkan. Semakin ramai yang tidak mampu untuk menyara diri dan menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga mereka kerana kehilangan sumber rezeki atau kerana tidak lagi mampu untuk bekerja.

Isu kelaparan, malnutrisi dan kemiskinan sering diperkatakan media di kawasan bandar tetapi tidak ramai yang sedar bahawa masyarakat luar bandar turut menghadapi realiti yang sama.
Get to Know


Kenali Projek Reaching Rural
Menyedari masalah yang kian meruncing ini, Charity Right Malaysia telah membangunkan projek Reaching Rural. Berpandukan United Nations Sustainable Development Goal 2 (UNSDG2): Zero Hunger, Projek Reaching Rural bertujuan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada kepada komuniti luar bandar bagi mengatasi isu kelaparan, malnutrisi dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

what we provide
Di bawah projek Reaching Rural, Charity Right Malaysia akan:
Mengenalpasti keluarga yang layak dan menyalurkan bantuan makanan untuk sebulan.
Meringankan beban kewangan kewangan dan perbelanjaan makanan.
Memastikan pengagihan bantuan makanan di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai infrastruktur yang baik berjalan lancar.
who we support
Siapakah Penerima Bantuan di Bawah Projek Reaching Rural?

Warga emas yang uzur dan tidak mampu lagi bekerja

Ibu tunggal dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah

Keluarga yang kehilangan sumber pendapatan kerana Covid-19

who we support
Siapakah Penerima Bantuan di Bawah Projek Reaching Rural?
Voices from the Villages of Malaysia
Kisah Benefisiari
Sertai misi kami untuk melawan kelaparan.
Menderma, Sukarelawan & Sebarkan berita.
Emel: [email protected]
Hubungi: +60 1123 669 659